Friday, September 7, 2007

Perlawanan futsal jemputan Tg Bayan

Tarikh: 09/09/2007
Tempat: Padang Sk Tg Bayan
Masa: Mulai pukul 8.00 pagi

Belia kampung tanjong bayan telah menganjurkan perlawanan futsal jemputan pada tarikh yang dinyatakan diatas. Pengundian perlawanan dan kumpulan telah diadakan di sk tanjong bayan pada pukul 4.30 ptg tadi. Pasukan bertanding telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.

Sebanyak 20 pasukan telah mengesahkan untuk mengambil bahagian iaitu Tanah Rancangan Luar Bandar A, Sg. Ipil B, Hutan Melintang B, Parit 23 B, dan pasukanTanjong Bayan A telah di undi didalam kumpulan A, manakala kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Rumah Awam B, Veteran B, Tanah Rancangan Luar Bandar B, Tanjong Bayan B, dan Futstrong B.Kumpulan C pula terdiri daripada Tanjong Bayan C, khir Johari, Rumah Awam A, Gubada B (Guru Bagan Datoh),dan Futstrong A, dan kumpulan D, terdiri daripada Sg.Ipil A, Gubada A, (Guru Bagan Datoh), Hutan Melintang A, Parit 23 A dan pasukan Tanjong Bayan D

Perlawanan pertama pusingan awal akan bermula pada pukul 8.30 pagi, melibatkan pasukan sg ipil B melawan pasukan tanah rancangan luar bandar A di padang A. Padang B pla melibatkan pasukan tanjong bayan C dan Khir Johari. Setiap perlawanan dijalankan dalam masa 7 minit-7 minit separuh masa.

Pengadil yang terlibat terdiri daripada Mr Rajendran, En Jaaffar, En Salim dan Cikgu Rozali dr sk Selabak

Peminat-peminat futsal diminta hadir beramai-ramai kerana terdapat acara selingan seperti pertandingan karaoke dan Pertandingan golf

Bersama-sama lah kita menyokong pasukan GUBADA F.C

No comments: